Notis

...Selamat Datang ke Portal Rasmi SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu...

Profil SMKTB

Visi Sekolah
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Misi Sekolah
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti 
Untuk Membangun Potensi Individu 
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
Matlamat Sekolah
  1. Mengamalkan pengurusan strategik.
  2. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan kokurikulum.
  3. Berjaya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  4. Berjaya melahirkan pelajar yang menguasai pebagai kecergasan.
  5. Dapat menyemai dan memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara.
  6. Melahirkan bakal pemimpin yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Motto Sekolah

Perpaduan dan Kebenaran

Slogan Sekolah

               Sahsiah Pelajar Didahulukan, Pencapaian Pelajar Diutamakan

Lagu Sekolah



Lencana Sekolah



   Lencana sekolah merupakan kemegahan sesebuah sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah mempunyai lencananya yang tersendiri. Ia sentiasa di baju pelajar – pelajar sekolah ini. Lencana ini adalah didasarkan atas cogan kata “ PERPADUAN DAN KEBENARAN “. Ini menunjukkan bahawa dasar perjalanan sekolah dilandaskan kepada semangat kerjasama untuk kemajuan bersama. Perjalanan dasar sekolah pula diasaskan kepada kebenaran (pihak yang betul mengikut nilai masyarakat dan dan keikhlasan semua pihak )

  • Tiga Bilah Keris melambangkan semangat sanggup berjuang untuk meninggikan pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan kemasyarakatan serta kokurikulum,
  • Buku Terbuka melambangkan semangat sedia menuntut ilmu yang memberi manfaat dan diredhai Allah
  • Harimau melambangkan semangat kekuatan, ketahanan dan sifat agresif dalam perjuangan.
  • Latar Belakang Merah melambangkan semangat berani untuk terus maju.
  • Warna Hitam melambangkan tahap perjuangan yang berhabis-habisan.

Sejarah Sekolah

      Untuk memenuhi kehendak pendidikan Negara, khususnya pendidikan di negeri Terengganu, maka 2hb. Januari 1961 sebuah sekolah telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan di negeri ini. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Tengku Bariah, sempena nama Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Muda Terengganu ketika itu.


      Sekolah Menengah Tengku Bariah  memulakan sidang pengajaran dan pembelajaran pada awal januari 1961. Pada peringkat permulaan sesi persekolahan terdapat seramai 388 orang murid dan 15 orang guru sahaja. Encik Ang Boon Hooi dipertanggungjawabkan sebagai Guru Besar pertama.
Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu iaitu pada sesi petang. Keadaan ini tidak berlanjutan kerana pada 16 April1961 Sekolah Menengah Tengku Bariah mula beroperasi di bangunannya sendiri yang terletak di Lot No.3480 Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu dengan keluasan 11.636 ekar.


      Bangunan yang dibina pada peringkat permulaan ini ialah sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah, 1 bangunan tandas dan sebuah kantin. Bangunan ini kemudiannya dinamakan Bangunan Cendana. Kini dinamakan Blok Al-Farabi.

      Di bangunan 2 tingkat ini ditempatkan 1 bilik untuk tingkatan 3, 3 bilik untuk tingakatan2, 4 bilik untuk tingkatan 1, dan 1 bilik untuk Kelas Peralihan. Kelas-kelas ini merupakan kelas yang pertama diwujudkan di Sekolah Menengah Tengku Bariah.

      Apabila berbicara tentang Sekolah Menengah Tengku Bariah seharusnya tarikh 5 Oktober 1961 tidak dilupakan kerana pada hari itu sekolah itu telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Muda Terengganu kemudian dikenali sebagai Duli Yang Maha Tengku Ampuan Besar Terengganu (Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah).


      Tahun 1963 menjadi tahun paling bersejarah kerana pada tahun ini beberapa peristiwa telah berlaku. Antaranya:
  • Murid-murid tingkatan 5 buat pertama kalinya menduduki peperiksaan SC/FMC.
  • Tiga kelas aliran Bahasa Melayu telah dibuka tetapi setahun kemudian kelas-kelas ini telah berpindah ke Sekolah Menengah Padang Midin dan Sekolah Menengah Panji Alam.
  • Beberapa bangunan baru dibina seperti bangunan dewan sekolah,bangunan makmal dan perpustakaan,bangunan Seni Perusahaan dan beberapa bilik darjah tambahan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

      Pertambahan bangunan dan prasarana membolehkan sekolah ini mempunyai bilangan bilik darjah yang mencukupi untuk mengadakan satu sidang pengajian sesi persekolahan pada tahun 1991/1992.Bermula pada 1 Januari 1998 Sekolah Menengah Tengku Bariah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah.